Wednesday, April 15, 2015

Tips tambah susu #1 : Sawi

Masa anak pertama dulu,  aku selalu je ada masalah susu. Susu tak cukup, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang orang kata. Beselakan, anak pertama. Kurang pengetahuan.  Tapi mak aku selalu ckp camni, "mak dulu makan sawi je. Mencurah2 susu". Mak aku adalah idola dlm penyusuan ni. Sbbnya dia bf aku smpi umur 5 thn...errr...


Sawi ni masak apa pon sedap. Campur dalam meehoon ke, mee goreng ke, nasi goreng pon sodap. Hari ni nak share resepi sawi masak air bersama sos tiram dan tauhu telur. Tapi ni style akulah. Masak rebus2 je.



panaskan air dalam kuali. ikut suka la kan...kuali ke periuk ke. apa2 yang sesuailah.


masukkan bawang putih ngan bawang merah yang dikisar/diracik halus. kalau nak letak halia pon boleh. biar sampai mendidih.


Bila dah mendidih, masukkan batang sawi yang dipotong kecil. Masak dalam seminit dua. Masukkan sedikit sos tiram. Lebih kurang 1-2 sudu makan. ikut selera masing2 lah ye. Kalo suka rasa sos tiram banyak, letak la lebih.


Masukkan tauhu telur. Jangan kacau2 sangat sbb nanti tauhu ni hancur. Masak lebih kurang setengah minit,


Last sekali, masukkan daun sawi. Kacau lebih kurang dan angkat. Jangan lama sangat sbb nanti sawi akan masak sangat dan tak sedap.


Hidangkan ikut citarasa masing-masing.

Resepi ni juga sesuai untuk mereka yang dalam pantang dan dalam proses nak menurunkan berat badan.

Hirup kuah sayur ni panas2, makan gitu je pon sedapppp!!!

Sunday, April 12, 2015

Tips macamana nak minum air masak yang banyak dalam sehari


Erm...paham tak maksud tajuk tu? Harap-harap paham lah ye. 
Mengikut hasil carian google dan sumber2 yang boleh dipercayai, kita kene minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk memastikan sistem tubuh kita berjalan lancar. Ada juga kiraan mengikut berat seperti 1 liter untuk setiap 25kg berat badan kita ni. Imagine kalo berat 100kg, maka 4 liter airlah kene minum. Ye tak???

Air putih mmg bagus untuk badan. Sapa-sapa yang nak kurus, nak kulit cantik, nak susu banyak, nak nampak muka glowing-glowing, silalah minum air dengan banyak ye. Tapi berapa ramai yang suka minum air banyak??? Nak-nak air putih. Tawar je kan. Nanti cipta macam2 alasan. Perut kembunglah, banyak kencinglah, nak muntahlah. Heiiiii!!! Dah sakit nanti baru tau.

Tips dia mudah je.
Contoh sasaran dalam sehari di waktu siang nak minum 2 liter air (kalo dengar 2 liter macam banyak sbb penuh botol besar), silalah sediakan satu lagi botol kecik yang berkapasiti dalam 300-500 ml. 
Caranya : Tuangkan air yang dalam botol besar tu ke dalam botol kecik.
Minum sikit.
Setengah jam sekali ke.
Tapi janganlah minum seteguk je.
At least sekali minum setengah botol kecik tu. 
Tapi make sure botol kecik tu kene sentiasa penuh.
Percayalah
Kita takkan sedar pon air yang kat botol besar tu habis.
Yang penting kene minum setiap 30 minit - 1 jam sekali.
Senangkan???

Ni contoh botol kecik tu. Ala, belila botol yang comel2. Yang boleh membangkitkan nafsu nak minum. Bahaha!


Botol ni untuk 500 ml air.
Jadi kalau minum air guna botol kecik kan x perasan begitu banyaknya air nak diminum.
Selamat mencuba!

Wednesday, February 4, 2015

Kenapa orang baik?

Kenapa orang yang baik selalu :

  • Ditindas
  • Dianiaya
  • Dikhianati
  • Ditipu
  • Ditikam dari belakang
  • Disakiti
  • Dan macam2 lagi.
Kenapa ye? Adakah orang yang baik tak berhak untuk bahagia? Cuba tgk drama2 atau filem2 yang ada. Watak baik mesti kene tindas dan dibuli. Kenapakah? Ni bkn drama dan filem melayu je tau. Semua kot. Kebanyakan watak baik mesti teraniaya.

Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Aku rasa pepatah ni mmg betul. Tapi apa salahnya kalau sekali sekala buat jahat kat orang. I mean, orang yang buat jahat dengab kita la kan. Sekurang2 nya kita xkan termasuk dlm senarai di atas. 

Tapi pon kadang aku pelik dan penat berfikir. Kenapa ada orang yang tak tahu nak menghargai orang lain. Especially yg depan mata ni. Pada aku, baik aku sayang dan hargai apa yang ada depan mata aku ni. Sbb orang2 ni la menghidupkan hari2 aku walaupon kadang tu sakit hati ke apa. Ni tak, yang depan mata ni selalu tak diendahkan walhal yang jauh dan takde kene mengena tu disayang2. Pelik kan manusia macam ni?


Tuesday, February 3, 2015

Gajet ibuk-ibuk katanya...


Sejak beranak anak kedua ni, antara keje rutin ialah memerah susu. Yelah, kali ni mmg berazam nak susukan anak secara ekslusif smpi 2 tahun. Anak pertama dulu bertahan setahun sebulan je. Sbb berhenti : malas ngepam bila susu mula merudum. Lagipon masa anak 1st dulu x byk ilmu. Malah selalu ada masalah. Liang susu tersumbatla, bengkak susu la, macam2 lah.

Tapi setiap anak ada rezeki masing2 kan. Untuk anak no 2 ni alhamdulillah la. Susu cukup walau x meriah mcm org lain yg skali pam dpt berbelas2 oz tu. Dpt 5-6 oz skali pam pon dh buat aku happy. Siap dpt buat stok lagi.

Aku mmg gedik sket part2 gajet penyusuan ni. Kalo bleh sume jenis breast pump aku nk beli. Masa anak 1st dulu aku beli medela harmony, avent manual, madela apa ntah yg letrik tp single (x ingat sbb dah rosak), dan yg paling bertahan lama spectra 3. Tapi jenuhla ngangkut kan sbb spectra 3 besar.

Setelah 3 tahun berlalu, macam2 pulak brand breastpump yg kuar yg canggih manggih. Tapi kali ni aku cuma terliur dgn double breast pump je. Maka start aku ngandung hari tu, aku mulala menyurvey breast2 pump sedia ada sehingga aku tak bleh nk tdo malam sbb asik teringatkan breast pump idaman. Hihi.

Belek pye belek, jatuh hati ngan lacte duet. Beli siap2 dengan harapan nak gigih susukan anak smpi 2 tahun. Pastu tetiba berkenan plak ngan spectra M1. Ehhh...beli jugak. Konon2 nak buat bekap breast pump lagi satu tu kan (nampak x kegedikan di situ). Pastu bila dh bersalin, try guna 2-2. Tapi aku mcm x brape berkenan plak ngan lacte tu sbb corong dia bleh tanggal2. Pastu aku jual lacte, beli freemie. Hahaha!

Dan skarang kekal la aku menggunakan spectra m1+freemie. Senang jah! Boleh mengepam sambil update blog (macam skarang nilah). Tau2 je dh penuh freemie tu. Part pon x byk. Senang nk basuh. Hehe...



Monday, February 2, 2015

Kenapa ramai pompuan sebok nak kurus???

Gambar sekadar hiasan
Kenapa ye ramai pompuan nak kurus? Ye ke kurus tu cantik? Sapa cakap? Kebanyakan pompuan nak nmpk kurus sbb katanya kurus itu lebih cantik, bleh pakai macam2 jenis fashion dan x kurang jugak nak tarik perhatian lelaki? Ye ke lelaki suka pompuan kurus? Ramai je pompuan kurus jadi janda. BAHAHA! Sori joking.

Sambung balik.

Aku pon salah sorangnya yang sebok nak kurus. Eh? Silap. Aku cuma nak berat ideal (cliche sgt ayat nih). Kenapa nak kurus? Sbb bila kurus bleh pakai macam2. (Sama je alasan ko). Pastu bila badan ringan, banyak benda bleh buat. Takdela termengah2 bila buat apa2 aktiviti (cliche lagi).

Macam2 pompuan sanggup buat untuk kurus. Ada yg berbulan2 puasa, skip makan, try diet itu diet ini, tak kurang jugak pegi perabih duit kat slimming centre. Tak kisah la apa cara skalipun, yang penting x memudaratkan diri dan kesihatan. Tapi dari dulu aku musykil, sapa cakap yang kurus tu cantik???


Iklan Produk Kecantikan : Kenapa mesti 3 hari???

Sejak2 dok umah ni, aktiviti harian aku mestilah tonton tv. Tapi xdela mengadap sangat pon. Sambil2 la wat keje kan. Salah satu rancangan yg aku slalu tonton wanita hari ini. Nnt kan diorg akan invite jurucakap2 produk kecantikan kan. Tapi aku muaykil. Kenapa majoriti jurucakap akan cakap camni, "anda akan merasakan kehebatan produk kami hanya dalam masa 3 hari". Apsal mesti 3 hari??? Dan kenapa ayat mereka sama???